Saving

Monday 26 August 2013

Cinta Jannah

“Sinopsis Cinta Jannah” ini sebuah drama penuh dengan konflik dan konspirasi, Jannah telah dihalau keluar dari rumah oleh Ayahnya kerana enggan berkahwin dengan sufian lakonan ezany agar dapat menebus kembali tanah kebun harta pusaka peninggalan ibunya yang telah digadai oleh adiknya.

Selain Aeril dan Nelydia Cinta Jannah ini turut disokong oleh lakonan Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan pelakon pembantu yang lain.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri lakonan Saharuddin Thamby kerana beliau begitu menginginkan anak lelaki tetapi tidak kesampaian. Jannah juga mempunyai seorang kakak  yang juga tidak menyukainya.
SONY DSC
Nasib tidak meyebelahi beliau Setibanya di Kuala Lumpur kerana telah diragut dan jatuh terhentak, pada masa kejadian itu jugalah berlakunya pertemuan antara Izaryl iaitu lakonan  Aeril Zafrel. Apa tindakan Izaryl dalam situasi tersebut?
Konflik semakin tercetus kerana Izaryl terpaksa mencari calon isteri dalam masa 3 bulan kerana beliau tidak ingin mengahwini calon pilihan ibunya.
Apa yang akan berlaku, adakah izaryl dapat mencari calon isterinya, atau akan tetap mengahwini calon pilhan ibunya iaitu Damia atau akan bersama dengan Jannah. Sama-samalah kita tengok.
Rasanya Cinta Jannah ini penuh dengan emosi dan konflik yang menyedihkan serta mengetarkan ulu hati sebab gandingan yang boleh dikatakan mantap antara Nelydia dan Aeril dalam drama terbitan terbitan Orangetree Production.

Monday 8 July 2013

Tarikh Puasa Tahun 2013

Alhamdulillah, Pada tarikh 10/7/2013 hari Rabu ni, kita dan kepada umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Saya mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini dapat memberikan kita seribu kenikmatan pada bulan ini juga peluang kita untuk memperbaiki diri sebelum menemui Allah SWT.

"Ya Allah ya Tuhan Ku, kau berikanlah kesihatan keatas diriku ini agar dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau lapangkanlah HATI ini dari sebarang perasaan iri, hasad, dan benci agar HATI ini boleh membaca Al-Qur'an dengan baik".

Kredit Google

Tahukan kita selain HATI, Anggota badan yang lain juga kena berpuasa, seperti MATA dan MULUT. Saya ambil contoh MATA. Ya! memang kita berpuasa dengan sempurna tahan lapar dan dahaga serta membuat amal makruf dan meninggalkan segala perkara Nahi Mungkar. Tapi tahukah kita dengan pandangan dari mata itu kita boleh mengurangi PAHALA Puasa dan membatalkan ibadah kita seharian itu. Jika pandangan itu mendorong kita melakukan kejahatan dan perkara yang membatalkan puasa.

MULUT, ini selalu berlaku, Kalau bercakap memang seronok, nak-nak jika kita bertemu sahabat handai, kawan sekerja dan keluarga. Bila kita bercakap perkara yang betul pada pendapat kita, tidak pula dipandangan orang lain. Kerana kadang-kadang manusia mempunyai pemikiran dan pendapat dan pemahaman dari fakta yang berbeza-beza. Pernah dengar tak?  Kata bidalan dahulu kata, Kerna Pulut Santan Binasa Kerna Mulut Badan Binasa.

Maka dari itu marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan sempurna, mulakan dengan niat, Perlakuan dan jaga adab-adab semasa puasa agar puasa kita diterima dan tidak menjadi sia-sia. In Shaa Allah.

Wednesday 3 July 2013

Sandwich Burger Hottt!!!

Lewat makan lunch hari, makan sandwich je sedap? boleh la tahan sebab saya letak daging burger, Mudah nak sediakan Sandwich ni. saya hanya menggunakan daging burger dan roti sebagai bahan utama. Daun Salad, sos cili, tomato hiris sebagai bahan tambahan.

Siapa yang try menu mudah ni In Shaa Allah saya janjikan sesuatu yang mengenyangkan dan berkhasiat.

Bahan-Bahan

  • Roti 
  • Daging Burger Daging / Ayam
  • Salad
  • Tomato
  • Sos Tomato
  • Mayonis
Bahan yang mudah dan ringkas kan. Lagi satu memang terjamin sedap, kalau nak sedap lagi letak telur goreng atau pun telur rebus yang telah dilenyekkan, Amboiiii sedapnya masih terasa sedapnya ni.

Boleh juga jadikan santapan untuk bersahur, sesuai sangat menu ni dengan saya, memang suka yang ringkas dan mudah yang penting sedap. Orang bujang-bujang mesti suka ni kan. Selamat mencuba.

Tuesday 2 July 2013

Salam Marhaban Ya Ramadhan

Salam sayang semua, tulis entri sambil2 dengar Alunan Al-Qur'an berkumandang, Alhamdulillah tenang rasa jiwa. tidak kisah kita sedang buat apa, hati dan keinginan tu penting sambil-sambil menulis pun boleh dengar. 


Alhamdulillah ya Allah hati kini semakin dekat dengan Rahmat mu. Marhaban Ya Ramadhan. Semua umat manusia tidak sabar menunggu kehadiran ramadhan ni kan?. 

Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih ada untuk menjalankan ibadat yang setahun sekali  muncul. Harap kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dan kebaikkan untuk kita bersama. 

Ha! Kurma saya belum lagi ni, tak lemgkap rasa kalau tak ada buah tu. Saya tak  sabar nak rasa suasana Ramadhan kali ini. Mesti ramai yang sudah bersedia betul tak? Bagaimana  persiapan untuk meyambut Ramadhan anda kali ini.

Friday 28 June 2013

Pertunjukkan Bunga Api di Floria 2013 Putrajaya Presint 2

Salam sayang semua, sambungan dari entri tengok Bot Berhias Wow cantiknya sampai terkeluar bunyi dari mulut. Tak tipu, tanya orang sebelah saya, ehhh! mana dia menghilang sat tadi ada je hiii.

memang best sekali sekala ada masa macam ni, takkan nak fikir pasal kerja je kan. nak juga beriadah bersama teman dan family. betul tak? kan betul la tu kalau angguk-angguk sambil senyum-senyum tu. 

Alhamdulillah Sujud Syukur kerana dilahirkan di Malaysia hidup berbilang bangsa aman dan harmoni. Terima Ya.Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kan Seronok bila kita tiada fikiran "Typical "

Shopping Raya dekat Sogo ada Sales!

Salam sayang untuk semua dari saya. Time ada sales baru la best nak menyopping raya betul tak? harga memang kaw2 murah, selain murah boleh bergaya pada hari raya nanti jimat dan puas hati.

Selalu kalau saya shopping memang ada timenya seperti ini lah, SALES, MEGA SALE. Sebab tu la saya suka jadi Member tak kira Member Avon, Member Tuppeware sekalipun sebab boleh dapat harga 2-3 kali ganda murah tau.


Siapa yang ada  boleh Renew kepada S Card Sogo bagi yang tak der daftar la sekarang, memang berbaloi bagi yang suka nyopping. jangan ingat ala shopping sekali sekala je kat sogo tu! ingat kadang-kadang sekali sekala tu pun dapat point dan boleh tukar dengan macam-macam tau.


Siapa yang belum ada! apa lagi masih sempat nak buat, tarikh sampai 6 july ni. Lepas jadi ahli terus dapat reward 200 point, Renew terus untuk 2 tahun baru RM24. Macam-macam SOGO buat Promosi pi la tengok kat  Facebook Sogo

Member Sales Day 5 & 6, Jumaat dan Sabtu 9am-11pm.

Bacaan 30 Juzuk Al-Qur'an Syeikh Maher Al Muaiqly

Salam sayang untuk semua, saya nak kongsikan kepada anda diluar sana, perbanyakkanlah mendengar dan membaca Al-Qur'an tambahan nak menjelang Ramadhan ni.


Senang sangat nak dapat pahala, dengar Ayat Suci Al-Qur'an pun dapat pahala inikan pula jika kita membaca Alhamdulillah. Harap ramadhan ni penuh dengan seribu kenikmatan untuk kita semua. In Shaa Allah. Allah ya Rahman Ya Rahim. 

Thursday 27 June 2013

Bot Berhias 2013 Bertemakan " Magic of The Night" Menghiasi Malam Floria Putrajaya.

Salam sayang dari saya untuk semua, Setiap tahun seperti kita maklum, malaysia menganjurkan Pesta Flora yang mana pada malamnya akan mengadakan pertandingan Bot Berhias yang bertemakan "Magic of The Night".

Gambar dibawah diantara Bot-bot yang menyertai pertandingan pada tahun ini, semuanya cantik-cantik dan kreatif. Mood malas nak crop gambar maka hanya 7 yang berjaya diupload untuk santapan semua. 

Bot Berhias Langkawi
Bot Berhias Pahang

Drama Ramadhan Yang Hilang dan Sinopsis

Salam Best nya la kan, ada Drama Melayu disiarkan di TV3 semestinya Terbaik la kan. Tak Sabar nak tengok kesemua episode sebab ada pelakon yang saya adore lakonannya iaitu Eira Syazira memang kalau berlakon sentap hati tak mengalir air mata memang tak sah.



Drama Ramadhan yang Hilang ditayangkan pada 26/6 sebanyak 18 Episode setiap hari Isnin sehingga Rabu.

Antara Barisan Pelakon yang terlibat dalam Drama "Ramadhan yang Hilang" Terbitan TV3 kali ini :-
Eira Syazira, sebagai Zafirah
Syatilla Melvin Sebagai Delisha
Arja Lee Sebagai Rafiq
Zamarul Hisham Sebagai Zubir

Sinopsis "Drama Ramadhan yang Hilang"  mengisahkan konflik dua beradik Zafirah dan Delisha. yang dilakonkan oleh Eira Syazira dan Syatilla Melvin. Dimana Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik dalam "Drama Ramadhan yang Hilang" ini berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu dan bapa Zafirah sehingga menyebabkan Zafirah terasa tersisih dan cemburu terhadap layanan yang diterima oleh Delisha, sedangkan dia hanya anak angkat dalam keluarga.

Zafirah merupakan anak sulung dalam keluarga mempunyai cita-cita sebagai penulis Novel  tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana terpaksa menolong Ayahnya menguruskan syarikat. Zafirah juga terpaksa menolak cinta Rafiq kerana kesibukan.

KONFLIK semakin memuncak apabila Cinta Rafiq mula beralih arah pada Delisha ! oh apakah yang akan berlaku tak sabar nak tonton kesemua 18 episode ni. 

Wednesday 26 June 2013

Tesco Online Shopping

Salam Sayang dari saya, Wow terujanya saya nak berkongsi dengan ANDA semua, hari tu saya nak shopping barang-barang dapur. Tak sangka la pula, sekarang ni Tesco dah ada Online Shopping. 

Jom Shopping di E-Shop Tesco macam best je kan. Sekarang ni semua dihujung jari kita. bagi sesiapa yang ada masalah transport boleh la shopping online jer, nak order Ayam, Ikan dan barangan kering pun boleh. Mudahnya dengan ada perkhimatan E-Shop ni kan.

1- EShop Tesco



Apa yang dilaman Web Eshop Tesco Online ni semua terjamin, dari segala segi iaitu:-
  1. Kualiti yang hebat, yang dipetik segar dan penuh berhati-hati
  2. Pelbagai, pelbagai jenama untuk anda untuk memilih daripada
  3. Harga yang hebat dan promosi, sama seperti di kedai
  4. Mengumpul mata Clubcard, seperti di kedai
  5. Penghantaran ke pintu anda dalam suhu terkawal van

Shopping Online Best Murah dan Pantas

Salam sayang Semua, Saya kalau ada masa free memang suka berwindow Online. Tengah berwindow ni termasuk dalam satu Website Online iaitu Nile.com

Apa yang saya lihat barang-barang yang ada dalam Nile.com  ni memang tersangat murah dan paling best nak tau apa? Delivery sangat cepat dalam satu hari sudah sampai dan satu lagi boleh pilih nak bayar Dulu atau tunggu dapat barang baru nak bayar(Cash On Delivery). Kalau saya memang suka tunggu barang sampai baru bayar.

Nak tahu semakin lama anda dalam Web ni! semakin mengila anda tau. saya suka bershopping di Nile.com ni salah satu sebabnya memang sangat berbaloi-baloi, dari A-Z Kebayakkan barang yang kita guna pakai apa yang penting sangat murah. 

Apa lagi jom la Terjah Nile.com T-Shirt, Fashion Accessories, Barangan Baby, Kasut dan banyak lagi. Pendek kata Alah Membeli Menang Memakai la. 

Hooyeaa!!! Shopping Online Paling Best.

Bila Sayang Semakin Sepi

Salam sayang dari saya untuk semua, Tak nak cerita pasal cinta kali ni, nak cerita pasal sayang pula, apa itu sayang. Sayang mengikut pandangan saya banyak aspek yang saya tekankan seperti sayang Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. 

Sayang Tahap 1
Sayang pada kadar yang tidak ternilai dan sayang yang terbit dari hati nuraini yang suci dan sanggup pergi demi kebahagian orang yang disayangi. Sanggup melihat orang yang disayangi bahagia sedangkan diri kita sebaliknya.

Sayang Tahap 2
Sayang yang turun dari mata terus kehati dimana mata memainkan peranan utama dan mencetak dan letakkan di kotak hati dan dari situ timbulah perasaan sayang dan kasih. Sayang sebegini sukar untuk dilupakan sebab banyak kenangan yang indah sewaktu bersama.

Sayang Tahap 3
memang selalu ada pada diri seseorang iaitu sayang yang boleh di tukar ganti. Selalunya  ada pada pasangan yang kurang menyayagi pasangan masing-masing dan kadang-kadang mudah beralih rasa sayang. walaupun perasaan cinta itu masih ada.

Sayang seribu kali sayang sebab tanpa kita sedari rasa sayang menjadi semakin sepi. Bolehkah sayang dipupuk semula? Ada sesiapa boleh bagi contoh mahupun pendapat?

Tuesday 25 June 2013

Bacaan Terkini Setiap Jam IPU Jerebu Oh Jerebu

Klik Bacaan Terkini Setiap Jam IPU Jerebu

Salam Sayang Semua. Alhamdulillah petang ni hujan turun dengan lebat di Area Shah Alam, Puchong, Serdang, Seri Kembangan, Klang dan banyak lagi tempat. Syukur sangat. Harap esok bangun dari tidur semuanya pulih seperti sedia kala.


Kredit Gambar New.abnxcess.com
Punca -punca 

Tahukah kita apa itu Jerebu? Ha mungkin ada yang tahu sebut jerebu tapi tak tahu apa kendungan dalamnya, apa yang kita tahu jerebu ni cuma ASAP kan.

Sebenarnya Jerebu terdiri dari partikel-partikel berasal dari semulajadi dan dari aktiviti manusia juga seperti pembakaran secara terbuka dan dari Asap Kenderaan dan Asap dari Kilang Pemprosesan, yang mana kita boleh lihat seperti ASAP. Secara mata kasar kita dapat melihat terdapat seperti habuk yang terapung-apung dibawa oleh angin.

Monday 24 June 2013

Cinta Buta?

Salam sayang dari saya untuk semua, semua sihat ker? maklumlah sekarang ni bacaan indek untuk jerebu semakin meningkat tambahan dikawasan yang sudah di warta sebagai darurat harap berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling ya. tengok kesihatan anak-anak dan keluarga adakah ada kesan-kesan dan alahan terhadapa jerebu ni.

Ok la, saya sebenarnya bukan nak cerita pasal jerebu ni, tapi nak cerita tentang "Cinta Buta". mungkin ramai kat luar sana tahu pasal cinta ni. Ala cinta yang bermula dari pandangan mata dan menusuk kedalam jiwa dan akhirnya berbunga-bunga kembang mekar tu la. 



Kalau ditanya pada saya tentang cinta, agak sukar nak gambarkan bukan kerana tidak pernah bercinta mungkin tidak serius sebelum ini dan menganggap "Cinta Pertama" macam tak wujud bagi saya.

Cinta kadang-kadang membawa kita kearah kebaikkan dan ada juga yang membawa kearah kesengsaraan dan penderitaan. In Shaa Allah jika nawaitu kita disulami dengan keikhlasan mungkin kita akan mendapat cinta yang berkekalan.

Betul ker orang cakap Cinta itu Buta?  buta dari segi mana tu? ada ker sesiapa yang boleh kongsi bagaimana contoh Cinta Buta Tu?

Friday 21 June 2013

Tempat-tempat Percutian yang Menarik dan Cantik

Salam sayang semua. Bila bercerita tentang tempat percutian dalam Malaysia yang saya nak pergi semestinya banyak. Percutian merupakan imbalan untuk kita setelah penat bertungkus lumus dengan kerja-kerja. Setiap masa kita peruntukan seharian dan bawa ke minggu dan kebulan semua amat memenatkan bukan?

Memang tidak dinafikan saya memang perlukan percutian yang mana membolehkan saya berasa tenang dan segar untuk merehatkan diri dari hiruk pikuk kehidupan. Agar sekembalinya saya berasa tenang dan kembali bersemangat.

Tempat yang saya rasa baik untuk merehatkan diri tidak kira bercuti bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Saya bercadang untuk pergi ke pulau seperti pulau yang ada di Malaysia ini seperti Pulau Langkawi, kedah yang terkenal dengan Kejernihan laut, Pulau Redang, Terengganu dimana kita boleh bersnorkling melihat keseronokan hidupan marin berenang-renang. Tidak pun pergi sahaja ke Pulau Tioman, Pahang. 


Kredit Gambar Majalah Cuti.com
Setakat ini hanya boleh merancang dahulu, sebab banyak yang perlu difikirkan agar semua berjalan lancar agar percutian tidak menjadi sia-sia dan biarlah sekembalinya saya dari percutian tersebut mengamit seribu kepuasan dalam diri. 

Bagi sesiapa yang pernah bercuti ke pulau-pulau yang berada dimalaysia ni boleh cuba berkongsi dengan saya, mungkin ada di luar sana juga ingin tahu.

Boleh la sudi berkongsi sedikit pengalaman anda disini. Terima kasih.

Wednesday 19 June 2013

Harga Emas Bulan Jun dan Semasa 2013

Cerita pasal Emas ni memang suka sangat kaum HAWA. Mana tidaknya, saya pernah perasan la time nak  Window Shopping dekat Satu Mall ni, Kemain ada sorang kakak ni dalam lingkungan 30an la juga. Terpusing-pusing kepala tengok harga emas. macam tak percaya dari gerak lakunya. Hiii tersenyum sendiri bila ingat citer ni.

Jika ikut harga pada 20/6/2013 masih lagi pada harga RM140, saya berpandukan pada Laman Facebook dtree.my. Ala yang ada iklan dalam TV tu la.

"Harga Harian 916"
Pelanggan RM140-Ahli RM 137.50/g
Ansuran RM150.00/g


Kredit gambar dtree.my memang cantilk sangat kan kan. Bestnya kalau dapat satu ni siapa la yang nak bagi kat saya?.

Doa Mensyukuri Nikmat Allah ( Allah Ya Rahman Ya Rahim )

Maksudnya :- 

Wahai Tuhanku, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepada ku dan ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau Redhai. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepaMU dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang <tunduk dan patuh kepadamu>.

Alhamdulillah, Syukur kerana saya masih bernafas dimuka bumi mu ini Ya. Allah. Selain Perbuatan dalam mencari keredhaan Allah jangan lah kita kedekut untuk memberi rasa terima kasih dan syukur dengan nikmat yang kita dapat selama ini. Allah sememang Ya Rahman Ya Rahim.

Saya ambil petikan dari Doa Mustajab terbitan S.A.AL-Habshee Sdn.Bhd.




Shopping Di HiSHOP

Apa itu HiSHOP. Ha! yang tak tahu meh nak citer sikit. sebenarnya HiSHOP ni laman Web online yang menjual pelbagai jenis Produk Kecantikan sebagai contoh Produk Simply Siti, Bedak RonaSutra dan pada sesiapa nak beli contact lens pun boleh. Semuanya ada di HiSHOP.

Apa lagi yang BEST! Shopping dekat online HiSHOP ni? Semestinya saya tertarik dengan Free Delivery yang ditawarkan diatas pembelian RM50 keatas. Wow Memang Best dan berbaloi bagi yang suka membeli secara online ni memang suka la tu kan.

Tuesday 18 June 2013

Lumrah Dalam Kehidupan - "typical"

Salam Ukhuwah dan sayang. Alhamdulillah Kehidupan seperti satu perjalanan yang sudah tetap, kita hanya mampu merancang dan hanya Allah SWT yang menentukan. Tapi saya masih ralat dan sedih dengan pemikiran orang diluar sana yang begitu tidak peka akan perasaan dan sensitifnya sesuatu perkara pada seseorang. 

Itulah Lumrah Dalam Kehidupan, sepanjang hidup ini pasti ada pemerhati tak kurang juga  yang hanya berlalu pandang tanpa erti dan kadang kala mengaibkan sesama sendiri. Saya agak kurang berkenan dengan semua percaturan begini.

Saya ingin kongsikan tentang kisah orang yang terlalu "typical" pemikiran mereka yang hanya nampak salah dan silap orang lain. Saya ambil contoh " Perjalanan Hidup Seorang Perempuan"

Bila nak kahwin, Bila nak ada anak, Bila nak tambah anak.

Monday 17 June 2013

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak 1434H/2013 - Jakim


Waktu Berbuka dan Waktu Imsak Negeri Selangor

Harga Kereta Terkini

Salam sayang dan kasih, nak kongsi tentang kereta memang tak pandai sangat tapi tengah online terklik dekat Website Car for Sales Malaysia ni. Semalam ada post entri tentang Harga Kereta Proton Saga SV berapa kan?






Bagi sesiapa yang baru berkira-kira dan berangan-rangan nak beli kereta macam saya ni, apa kata cuba tengok Senarai Harga Kereta dekat sini. Sebenarnya banyak yang kita kena ambil tahu sebelum dan selepas pembelian proses jual dan beli.

Sunday 16 June 2013

Doa Menghindari Sifat Dengki dan Minta Ampun - Doa Nabi Ibrahim a.s.

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sayang. Tahukah kita tanda-tanda orang yang mempunyai sifat Hasad Dengki, Peghasut dan Seerti dengannya. Saya ada  Reshare Post Face Book dari Saudari Mazura Ali dimana Hasad Dengki ini akan mendapat Siksaan Diatas Dunia.

Tanda-tanda orang yang disiksa daripada perlakuan dan perilaku diatas dunia :-
  • Akan Menimpa Keatas Dirinya Kebimbangan dan Kedukaan yang berpajangan.
  • Akan Ditimpa Musibah yang tidak mendatangkan pahala.
  • Akan Mendapat Celaan dan Kutukan.
  • Akan Ditimpa Keatasnya Kemarahan Allah SWT.
  • Akan Ditutup Pintu Taufik.
Allahuakbar, Ya. Allah ampunkan segala kekhilafan dan keacuhan aku selama ini dan kau jauhkan aku dari semua siksaan dunia ini dan jauhkan Perasaan Hasad Dengki yang tidak langsung menguntungku.  Sama-sama kita jauhkan dan hindari dengan berdoa dan mengamalkan sifat mahmudah. Amin Ya RabbalAlamin.

Doa Menghindari Sifat Dengki

Doa Mensyukuri Nikmat Allah SWT

Doa Minta Mendapat Jodoh yang Baik Baik

Doa Minta Dijauhi dari gangguan Syaitan




Doa Minta Dijauhkan Daripada Syaitan dan orang berniat jahat

Maksdunya : Wahai Tuhan, saya berlindung kepada Mu, daripada tipu muslihat Syaitan. Saya berlindung kepada Mu dari tipu daripada kunjungan Syaitan kepadaku.

Selain itu amalkan membaca ayat kursi dan Tiga Qul sebelum tidur. agar terhindar dan dijauhi niat atau amalan orang-orang yang ingin menganiaya kita. In Shaa Allah semua dengan izin darinya. Salam 17/6/2013 dari saya Umai.

Bagi yang masih bujang dan menginginkan jodoh yang baik dan tebaik boleh cuba Doa Jodoh Terbaik. In Sha Allah.

Saya ambil petikan dari Doa Mustajab terbitan S.A.AL-Habshee Sdn.Bhd.

Di Mata Hati Seribu Erti




Harga Proton Saga SV- New

Alhamdulillah, syukur kesempatan ni saya nak berkongsi tentang kereta pula. Semalam Keluar Berita tentang Proton keluarkan Kereta yang mampu milik dengan harga berpatutan. Tersangat cantik pada pandangan saya. Depan nampak ada kelainan dan sweeeetttt sangat, warna merah menyala saya suka dengan harga yang dikira sangat murah dengan kualiti yang terbaik.

Harga Proton Saga SV baru adalah  RM33,438 (solid), M33,888 (metallic)RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).  



Belakang nampak sama dengan Saga keluaran pertama kan. Apa pun depan dia memang nampak sangat mengacam jiwa dengan warna febret saya. 


Dalam dia pun sangat selesa dipandangan mata, terasa nak dapatkan satu jer ni. ok la bagi yang baru dapat kerja ke, baru berkahwin ker kan serba serbi nak berjimat. Ruang pun boleh dikategorikan besar dan luas. 
Kredit Gambar Pada Paul Tan dan Referal Harga. 

Thursday 13 June 2013

Sepi Perindu

Salam sejahtera pembuka bicara, dah semacam skema pun ada, btw tak tahu nak tulis apa, hambik sajak pun boleh la. apa-apa pun ada juga yang nak dituliskan.


Sepi Perindu seorang yang terasa diri sepi di palit rasa rindu kepada buah hati.

Damai Abadi yang menjurus Cinta pada Hakiki, kecenderungan meminta seribu kemaafan dan pengampunan. 

Dimata Hati Seribu Erti Membawa ketetapan jiwa walaupun apa jua rintangan melanda.

Doa Minta Jodoh Dan Keturunan Yang Baik-Baik

Salam 14/6/2013. Terasa cepat masa berlalu kan. Pejam celik 2X tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah dewasa ni saya masih mencari dan menyelami erti sebenar tentang KEHIDUPAN.

Nak Sharing Doa untuk cepatkan jodoh, bagi UDA dan Dara kalau status selain dari ni Pun Boleh!. 


"Ya Tuhan Ku, Anugerahilah aku kami anak isteri yang baik-baik, dapat menyenangkan hati kami, Dan jadikanlah kami sebaik baik orang yang bertaqwa".

Tahukah kita sebenarnya "DOA" adalah Senjata Orang Mukmin yang paling HEBAT. Saya ambil petikan dari Doa Mustajab terbitan S.A.AL-Habshee Sdn.Bhd.

RHB nak bagi "Hadiah Percuma" SPEND SMALL WIN BIG RHB.


Nak Hadiah dari RHB, sangat mudah SPEND SMALL WIN BIG. RHB Debit Mastercard actually da Cash Connect and My Cash i, dua-dua ni boleh menang Besar Wow! Berbalaoi ni. Saya pun nak try juga mana tahu kan boleh menang. Nasib kita tak tahu kan. 

Damai Abadi dan Damai Di Hati



Tajuk Damai Abadi dan Damai Di Hati merupakan garapan dan tulisan saya secara bersahaja mencoretkan tentang "HATI". Hati kita kebiasaan akan merasa suatu detik yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kat mahupun ulahan secara terbuka.


Keluh dan Kesah yang saya coretkan di atas Note banyak membantu saya cuba unutk mengerti apa itu Damai Abadi. Jika kita dapat Damai Abadi itu maka Damai Di hati pasti aka menjelma dalam hidup kita.

Sesiapa yang sudi berkongsi dengan saya tentang penulisan puisi, cerpen mahupun pantun. boleh sharing kepada saya. Mana tahu masing-masing mempunyai bakat tepemdam. Please not Hesitate to email saya k.

Cara dan Tips Putihkan Gigi

Cerita pasal gigi memang seram sejuk sungguh, bukan apa bila terkenang time sekolah sanggup absent sekolah sebab takut kena cabut gigi. Alahai last-last keesokannya kena checked juga penyudahya.
Jika cerita pasal ubat gigi pula sebut jer jenis dan brand apa Colgate, Darlie, Fresh White, Safi Kayu Sugi, Godomo Lion dan untuk gigi sensitive seperti Sensodine semua pernah saya cuma. Tapi gigi macam itulah juga tahap kebersihan ok tapi putih dok tara itu juga.

Pengalaman Membuka Blog

Assalamualaikum, salam sayang dan perkenalan dari saya empunya Blog berstatus "New Blog". AhLan WaSah Lan?. kepada sesiapa yang terbaca entri ini. Blog Nawaitu Qalbun sebenarnya untuk tatapan diri sendiri dan berkongsi tentang pengalaman dan apa sahaja yang saya rasa boleh dikongsi.

Boleh Hubungi saya melalui Email iaitu DamiaUmai@gmail.com.