Salam sayang semua. Bila bercerita tentang tempat percutian dalam Malaysia yang saya nak pergi semestinya banyak. Percutian merupakan imbalan untuk kita setelah penat bertungkus lumus dengan kerja-kerja. Setiap masa kita peruntukan seharian dan bawa ke minggu dan kebulan semua amat memenatkan bukan?
Memang tidak dinafikan saya memang perlukan percutian yang mana membolehkan saya berasa tenang dan segar untuk merehatkan diri dari hiruk pikuk kehidupan. Agar sekembalinya saya berasa tenang dan kembali bersemangat.
Tempat yang saya rasa baik untuk merehatkan diri tidak kira bercuti bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Saya bercadang untuk pergi ke pulau seperti pulau yang ada di Malaysia ini seperti Pulau Langkawi, kedah yang terkenal dengan Kejernihan laut, Pulau Redang, Terengganu dimana kita boleh bersnorkling melihat keseronokan hidupan marin berenang-renang. Tidak pun pergi sahaja ke Pulau Tioman, Pahang.
Kredit Gambar Majalah Cuti.com
Setakat ini hanya boleh merancang dahulu, sebab banyak yang perlu difikirkan agar semua berjalan lancar agar percutian tidak menjadi sia-sia dan biarlah sekembalinya saya dari percutian tersebut mengamit seribu kepuasan dalam diri.
Bagi sesiapa yang pernah bercuti ke pulau-pulau yang berada dimalaysia ni boleh cuba berkongsi dengan saya, mungkin ada di luar sana juga ingin tahu.
Boleh la sudi berkongsi sedikit pengalaman anda disini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment