Saving

Thursday, 13 June 2013

Cara dan Tips Putihkan Gigi

Cerita pasal gigi memang seram sejuk sungguh, bukan apa bila terkenang time sekolah sanggup absent sekolah sebab takut kena cabut gigi. Alahai last-last keesokannya kena checked juga penyudahya.
Jika cerita pasal ubat gigi pula sebut jer jenis dan brand apa Colgate, Darlie, Fresh White, Safi Kayu Sugi, Godomo Lion dan untuk gigi sensitive seperti Sensodine semua pernah saya cuma. Tapi gigi macam itulah juga tahap kebersihan ok tapi putih dok tara itu juga.

Petua putihkan gigi resam orang lama
  • Arang kayu - tumbuk sehingga separa halus dan gosok kepada gigi, ulang selalu dan hasilnya amat bagus sekali.
  • Garam - Seeloknya garam kasar ditumbuk sedikit halus dan gosok kepada gigi, ulang selalu dan hasilnya gigi putih dan plak pun takut nak lekat kat celah-celah gigi.
  • Serbuk Teh - tak kira yang dalam uncang atau pun tidak. Boleh di gosok pada gigi dan hasilnya sangat memuaskan hati.
Petua orang-orang zaman sekarang
  • Guna Ubat gigi jer lah, kan banyak ubat-ubat gigi dekat pasaran sekarang, Paling sebati dengan saya semestinya Colgate, Darlie, Fresh White, Safi Kayu Sugi dan banyak lagi lagilah. Bagi yang sensitive pula seperti Sensodine.
  • Jumpa Dentist dan buat rawatan pemutihan gigi disamping boleh buang plak-plak yang lekat kat celah-celah gigi tu, hasilnya sangat bagus berbanding petua yang ada. Selalunya seawal usia 3-4 kanak-kanak boleh bawa Jumpa Dentist 6 bulan sekali.
Siapa yang tak kenal Artis Cantik Malaysia, Nur Fazura Duta Ubat Gigi Optic White. Saya pun sekarang baru 2 minggu guna dan hasilnya Alhamdulillah nampak semakin bersinar lebih dari kebiasaan.
Kredit gambar Kupu2 Kecik.blogspot.com
Kesemua cara dan tips diatas adalah pengalaman saya sendiri. Jika sesiapa yang baca entri ini boleh berkongsi dan pengalaman nak putih kan gigi ni.?

No comments: