Salam sayang dari saya untuk semua, Tak nak cerita pasal cinta kali ni, nak cerita pasal sayang pula, apa itu sayang. Sayang mengikut pandangan saya banyak aspek yang saya tekankan seperti sayang Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.
Sayang Tahap 1
Sayang pada kadar yang tidak ternilai dan sayang yang terbit dari hati nuraini yang suci dan sanggup pergi demi kebahagian orang yang disayangi. Sanggup melihat orang yang disayangi bahagia sedangkan diri kita sebaliknya.
Sayang Tahap 2
Sayang yang turun dari mata terus kehati dimana mata memainkan peranan utama dan mencetak dan letakkan di kotak hati dan dari situ timbulah perasaan sayang dan kasih. Sayang sebegini sukar untuk dilupakan sebab banyak kenangan yang indah sewaktu bersama.
Sayang Tahap 3
memang selalu ada pada diri seseorang iaitu sayang yang boleh di tukar ganti. Selalunya ada pada pasangan yang kurang menyayagi pasangan masing-masing dan kadang-kadang mudah beralih rasa sayang. walaupun perasaan cinta itu masih ada.
Sayang seribu kali sayang sebab tanpa kita sedari rasa sayang menjadi semakin sepi. Bolehkah sayang dipupuk semula? Ada sesiapa boleh bagi contoh mahupun pendapat?
No comments:
Post a Comment