Saving

Thursday 27 June 2013

Drama Ramadhan Yang Hilang dan Sinopsis

Salam Best nya la kan, ada Drama Melayu disiarkan di TV3 semestinya Terbaik la kan. Tak Sabar nak tengok kesemua episode sebab ada pelakon yang saya adore lakonannya iaitu Eira Syazira memang kalau berlakon sentap hati tak mengalir air mata memang tak sah.



Drama Ramadhan yang Hilang ditayangkan pada 26/6 sebanyak 18 Episode setiap hari Isnin sehingga Rabu.

Antara Barisan Pelakon yang terlibat dalam Drama "Ramadhan yang Hilang" Terbitan TV3 kali ini :-
Eira Syazira, sebagai Zafirah
Syatilla Melvin Sebagai Delisha
Arja Lee Sebagai Rafiq
Zamarul Hisham Sebagai Zubir

Sinopsis "Drama Ramadhan yang Hilang"  mengisahkan konflik dua beradik Zafirah dan Delisha. yang dilakonkan oleh Eira Syazira dan Syatilla Melvin. Dimana Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik dalam "Drama Ramadhan yang Hilang" ini berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu dan bapa Zafirah sehingga menyebabkan Zafirah terasa tersisih dan cemburu terhadap layanan yang diterima oleh Delisha, sedangkan dia hanya anak angkat dalam keluarga.

Zafirah merupakan anak sulung dalam keluarga mempunyai cita-cita sebagai penulis Novel  tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana terpaksa menolong Ayahnya menguruskan syarikat. Zafirah juga terpaksa menolak cinta Rafiq kerana kesibukan.

KONFLIK semakin memuncak apabila Cinta Rafiq mula beralih arah pada Delisha ! oh apakah yang akan berlaku tak sabar nak tonton kesemua 18 episode ni. 

No comments: