Saving

Tuesday, 18 June 2013

Lumrah Dalam Kehidupan - "typical"

Salam Ukhuwah dan sayang. Alhamdulillah Kehidupan seperti satu perjalanan yang sudah tetap, kita hanya mampu merancang dan hanya Allah SWT yang menentukan. Tapi saya masih ralat dan sedih dengan pemikiran orang diluar sana yang begitu tidak peka akan perasaan dan sensitifnya sesuatu perkara pada seseorang. 

Itulah Lumrah Dalam Kehidupan, sepanjang hidup ini pasti ada pemerhati tak kurang juga  yang hanya berlalu pandang tanpa erti dan kadang kala mengaibkan sesama sendiri. Saya agak kurang berkenan dengan semua percaturan begini.

Saya ingin kongsikan tentang kisah orang yang terlalu "typical" pemikiran mereka yang hanya nampak salah dan silap orang lain. Saya ambil contoh " Perjalanan Hidup Seorang Perempuan"

Bila nak kahwin, Bila nak ada anak, Bila nak tambah anak.
Perjalanan dalam kehidupan beginilah sering ditanya dan kadang-kadang tu macam banyak orang yang macam pertikaikan akan ketentuan Allah. Jika seorang perempuan tu tak kahwin lagi, dikatanya anak dara tak laku, bila nak kahwin?. Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga ada pula yang akan psstt!!! tanya menjaja tak dapat anak lagi ke dia tu?. Cuba kita banyangkan akan perasaan orang dikatakan tu pula.

Ada juga kisah dah kawin dan ada anak, tak lepas dari kataan orang juga, bila nak tambah? tak kan sorang jer kot. Ada juga anak dah masuk dah 7-8 orang tapi semua perempuan. Itu pun masih tetap menjadi buah mulut orang yang saya katakan diatas "typical". Typical ni sebenar satu sifat Lazim atau biasa contoh dalam fikiran seseorang.Cuba kita banyangkan akan perasaan orang dikatakan tu pula.

Tahukan kita setiap apa yang kita rancang tidak semestinya berlaku seperti yang kita inginkan. Allah yang menentukan semua dan hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang Dia Inginkan. Tapi manusia masih tidak sedar dan peka dengan perkara ini. saya berkongsi tentang apa yang saya baca dan contoh yang diambil secara spontan.

Pernah tak sesiapa yang ada dan pernah laluinya? boleh la kongsi.
Post a Comment