Klik Bacaan Terkini Setiap Jam IPU Jerebu
Salam Sayang Semua. Alhamdulillah petang ni hujan turun dengan lebat di Area Shah Alam, Puchong, Serdang, Seri Kembangan, Klang dan banyak lagi tempat. Syukur sangat. Harap esok bangun dari tidur semuanya pulih seperti sedia kala.
Salam Sayang Semua. Alhamdulillah petang ni hujan turun dengan lebat di Area Shah Alam, Puchong, Serdang, Seri Kembangan, Klang dan banyak lagi tempat. Syukur sangat. Harap esok bangun dari tidur semuanya pulih seperti sedia kala.
Kredit Gambar New.abnxcess.com
Punca -punca
Tahukah kita apa itu Jerebu? Ha mungkin ada yang tahu sebut jerebu tapi tak tahu apa kendungan dalamnya, apa yang kita tahu jerebu ni cuma ASAP kan.
Sebenarnya Jerebu terdiri dari partikel-partikel berasal dari semulajadi dan dari aktiviti manusia juga seperti pembakaran secara terbuka dan dari Asap Kenderaan dan Asap dari Kilang Pemprosesan, yang mana kita boleh lihat seperti ASAP. Secara mata kasar kita dapat melihat terdapat seperti habuk yang terapung-apung dibawa oleh angin.
Tahukan kita puncanya adalah dari kesan semulajadi dan selain itu ianya dari kerakusan manusia sendiri yang tidak tahu menjaga Alam sekitar.
Saya nak berkongsi kesan-kesan dari jerebu ini amat bahaya dan boleh mengancam bagi kanak-kanak, orang tua dan pesakit yang menghidapi penyakit yang berkaitan dengan jantung dan paru-paru. banyakkan meminum Air Masak agar tidak mendapat alahan seperti tanda-tanda dibawah.
Tanda-tanda alahan seperti Batuk, Tekak terasa Perit, sakit mata, kulit terasa gatal-gatal dan hidung berair dan juga sesak nafas. jika terdapat alahan seperti ini anda dinasihati cepat berjumpa doktor.
Indek Pencemaran Udara(IPU) bagi mengesan adanya Jerebu ini.
0-50 = Baik
51-100 = Sederhana
101-200 = Tidak Sihat
201-300 = Sangat Tidak Sihat
301-500 = Berbahaya
Patutlah di Johor diwartakan sebagai Darurat sebab telah mencapai indek Bacaan 700 keatas. Harap esok pulih seperti sedia kala.
No comments:
Post a Comment