Salam sayang dari saya untuk semua, semua sihat ker? maklumlah sekarang ni bacaan indek untuk jerebu semakin meningkat tambahan dikawasan yang sudah di warta sebagai darurat harap berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling ya. tengok kesihatan anak-anak dan keluarga adakah ada kesan-kesan dan alahan terhadapa jerebu ni.
Ok la, saya sebenarnya bukan nak cerita pasal jerebu ni, tapi nak cerita tentang "Cinta Buta". mungkin ramai kat luar sana tahu pasal cinta ni. Ala cinta yang bermula dari pandangan mata dan menusuk kedalam jiwa dan akhirnya berbunga-bunga kembang mekar tu la.
Kalau ditanya pada saya tentang cinta, agak sukar nak gambarkan bukan kerana tidak pernah bercinta mungkin tidak serius sebelum ini dan menganggap "Cinta Pertama" macam tak wujud bagi saya.
Cinta kadang-kadang membawa kita kearah kebaikkan dan ada juga yang membawa kearah kesengsaraan dan penderitaan. In Shaa Allah jika nawaitu kita disulami dengan keikhlasan mungkin kita akan mendapat cinta yang berkekalan.
Betul ker orang cakap Cinta itu Buta? buta dari segi mana tu? ada ker sesiapa yang boleh kongsi bagaimana contoh Cinta Buta Tu?
No comments:
Post a Comment