Salam sayang semua, tulis entri sambil2 dengar Alunan Al-Qur'an berkumandang, Alhamdulillah tenang rasa jiwa. tidak kisah kita sedang buat apa, hati dan keinginan tu penting sambil-sambil menulis pun boleh dengar.
Alhamdulillah ya Allah hati kini semakin dekat dengan Rahmat mu. Marhaban Ya Ramadhan. Semua umat manusia tidak sabar menunggu kehadiran ramadhan ni kan?.
Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih ada untuk menjalankan ibadat yang setahun sekali muncul. Harap kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dan kebaikkan untuk kita bersama.
Ha! Kurma saya belum lagi ni, tak lemgkap rasa kalau tak ada buah tu. Saya tak sabar nak rasa suasana Ramadhan kali ini. Mesti ramai yang sudah bersedia betul tak? Bagaimana persiapan untuk meyambut Ramadhan anda kali ini.
No comments:
Post a Comment