Saving

Monday 8 July 2013

Tarikh Puasa Tahun 2013

Alhamdulillah, Pada tarikh 10/7/2013 hari Rabu ni, kita dan kepada umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Saya mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini dapat memberikan kita seribu kenikmatan pada bulan ini juga peluang kita untuk memperbaiki diri sebelum menemui Allah SWT.

"Ya Allah ya Tuhan Ku, kau berikanlah kesihatan keatas diriku ini agar dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau lapangkanlah HATI ini dari sebarang perasaan iri, hasad, dan benci agar HATI ini boleh membaca Al-Qur'an dengan baik".

Kredit Google

Tahukan kita selain HATI, Anggota badan yang lain juga kena berpuasa, seperti MATA dan MULUT. Saya ambil contoh MATA. Ya! memang kita berpuasa dengan sempurna tahan lapar dan dahaga serta membuat amal makruf dan meninggalkan segala perkara Nahi Mungkar. Tapi tahukah kita dengan pandangan dari mata itu kita boleh mengurangi PAHALA Puasa dan membatalkan ibadah kita seharian itu. Jika pandangan itu mendorong kita melakukan kejahatan dan perkara yang membatalkan puasa.

MULUT, ini selalu berlaku, Kalau bercakap memang seronok, nak-nak jika kita bertemu sahabat handai, kawan sekerja dan keluarga. Bila kita bercakap perkara yang betul pada pendapat kita, tidak pula dipandangan orang lain. Kerana kadang-kadang manusia mempunyai pemikiran dan pendapat dan pemahaman dari fakta yang berbeza-beza. Pernah dengar tak?  Kata bidalan dahulu kata, Kerna Pulut Santan Binasa Kerna Mulut Badan Binasa.

Maka dari itu marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan sempurna, mulakan dengan niat, Perlakuan dan jaga adab-adab semasa puasa agar puasa kita diterima dan tidak menjadi sia-sia. In Shaa Allah.

No comments: