Saving

Monday 26 August 2013

Cinta Jannah

“Sinopsis Cinta Jannah” ini sebuah drama penuh dengan konflik dan konspirasi, Jannah telah dihalau keluar dari rumah oleh Ayahnya kerana enggan berkahwin dengan sufian lakonan ezany agar dapat menebus kembali tanah kebun harta pusaka peninggalan ibunya yang telah digadai oleh adiknya.

Selain Aeril dan Nelydia Cinta Jannah ini turut disokong oleh lakonan Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan pelakon pembantu yang lain.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri lakonan Saharuddin Thamby kerana beliau begitu menginginkan anak lelaki tetapi tidak kesampaian. Jannah juga mempunyai seorang kakak  yang juga tidak menyukainya.
SONY DSC
Nasib tidak meyebelahi beliau Setibanya di Kuala Lumpur kerana telah diragut dan jatuh terhentak, pada masa kejadian itu jugalah berlakunya pertemuan antara Izaryl iaitu lakonan  Aeril Zafrel. Apa tindakan Izaryl dalam situasi tersebut?
Konflik semakin tercetus kerana Izaryl terpaksa mencari calon isteri dalam masa 3 bulan kerana beliau tidak ingin mengahwini calon pilihan ibunya.
Apa yang akan berlaku, adakah izaryl dapat mencari calon isterinya, atau akan tetap mengahwini calon pilhan ibunya iaitu Damia atau akan bersama dengan Jannah. Sama-samalah kita tengok.
Rasanya Cinta Jannah ini penuh dengan emosi dan konflik yang menyedihkan serta mengetarkan ulu hati sebab gandingan yang boleh dikatakan mantap antara Nelydia dan Aeril dalam drama terbitan terbitan Orangetree Production.

No comments: