Saving

Monday, 26 August 2013

Cinta Jannah

“Sinopsis Cinta Jannah” ini sebuah drama penuh dengan konflik dan konspirasi, Jannah telah dihalau keluar dari rumah oleh Ayahnya kerana enggan berkahwin dengan sufian lakonan ezany agar dapat menebus kembali tanah kebun harta pusaka peninggalan ibunya yang telah digadai oleh adiknya.

Selain Aeril dan Nelydia Cinta Jannah ini turut disokong oleh lakonan Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan pelakon pembantu yang lain.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri lakonan Saharuddin Thamby kerana beliau begitu menginginkan anak lelaki tetapi tidak kesampaian. Jannah juga mempunyai seorang kakak  yang juga tidak menyukainya.
SONY DSC
Nasib tidak meyebelahi beliau Setibanya di Kuala Lumpur kerana telah diragut dan jatuh terhentak, pada masa kejadian itu jugalah berlakunya pertemuan antara Izaryl iaitu lakonan  Aeril Zafrel. Apa tindakan Izaryl dalam situasi tersebut?
Konflik semakin tercetus kerana Izaryl terpaksa mencari calon isteri dalam masa 3 bulan kerana beliau tidak ingin mengahwini calon pilihan ibunya.
Apa yang akan berlaku, adakah izaryl dapat mencari calon isterinya, atau akan tetap mengahwini calon pilhan ibunya iaitu Damia atau akan bersama dengan Jannah. Sama-samalah kita tengok.
Rasanya Cinta Jannah ini penuh dengan emosi dan konflik yang menyedihkan serta mengetarkan ulu hati sebab gandingan yang boleh dikatakan mantap antara Nelydia dan Aeril dalam drama terbitan terbitan Orangetree Production.

Monday, 8 July 2013

Tarikh Puasa Tahun 2013

Alhamdulillah, Pada tarikh 10/7/2013 hari Rabu ni, kita dan kepada umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Saya mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini dapat memberikan kita seribu kenikmatan pada bulan ini juga peluang kita untuk memperbaiki diri sebelum menemui Allah SWT.

"Ya Allah ya Tuhan Ku, kau berikanlah kesihatan keatas diriku ini agar dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau lapangkanlah HATI ini dari sebarang perasaan iri, hasad, dan benci agar HATI ini boleh membaca Al-Qur'an dengan baik".

Kredit Google

Tahukan kita selain HATI, Anggota badan yang lain juga kena berpuasa, seperti MATA dan MULUT. Saya ambil contoh MATA. Ya! memang kita berpuasa dengan sempurna tahan lapar dan dahaga serta membuat amal makruf dan meninggalkan segala perkara Nahi Mungkar. Tapi tahukah kita dengan pandangan dari mata itu kita boleh mengurangi PAHALA Puasa dan membatalkan ibadah kita seharian itu. Jika pandangan itu mendorong kita melakukan kejahatan dan perkara yang membatalkan puasa.

MULUT, ini selalu berlaku, Kalau bercakap memang seronok, nak-nak jika kita bertemu sahabat handai, kawan sekerja dan keluarga. Bila kita bercakap perkara yang betul pada pendapat kita, tidak pula dipandangan orang lain. Kerana kadang-kadang manusia mempunyai pemikiran dan pendapat dan pemahaman dari fakta yang berbeza-beza. Pernah dengar tak?  Kata bidalan dahulu kata, Kerna Pulut Santan Binasa Kerna Mulut Badan Binasa.

Maka dari itu marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan sempurna, mulakan dengan niat, Perlakuan dan jaga adab-adab semasa puasa agar puasa kita diterima dan tidak menjadi sia-sia. In Shaa Allah.

Wednesday, 3 July 2013

Sandwich Burger Hottt!!!

Lewat makan lunch hari, makan sandwich je sedap? boleh la tahan sebab saya letak daging burger, Mudah nak sediakan Sandwich ni. saya hanya menggunakan daging burger dan roti sebagai bahan utama. Daun Salad, sos cili, tomato hiris sebagai bahan tambahan.

Siapa yang try menu mudah ni In Shaa Allah saya janjikan sesuatu yang mengenyangkan dan berkhasiat.

Bahan-Bahan

  • Roti 
  • Daging Burger Daging / Ayam
  • Salad
  • Tomato
  • Sos Tomato
  • Mayonis
Bahan yang mudah dan ringkas kan. Lagi satu memang terjamin sedap, kalau nak sedap lagi letak telur goreng atau pun telur rebus yang telah dilenyekkan, Amboiiii sedapnya masih terasa sedapnya ni.

Boleh juga jadikan santapan untuk bersahur, sesuai sangat menu ni dengan saya, memang suka yang ringkas dan mudah yang penting sedap. Orang bujang-bujang mesti suka ni kan. Selamat mencuba.